pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

     KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan...

    KEDAH SIAPSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI GLOBAL MENJELANG 2040

    KEDAH SIAPSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI GLOBAL MENJELANG 2040

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR - Ekonomi dunia pada hari ini berada dalam keadaan yang mencabar berikutan faktor ketegangan geopolitik dan perdagangan yang berpanjangan serta perubahan iklim telah memberi kesan kepada...

    SELURUH ASPEK KEPENTINGAN NEGERI HARUS DIPERKASAKAN BAGI MENCAPAI THE GREATER KEDAH - SULTAN KEDAH

    SELURUH ASPEK KEPENTINGAN NEGERI HARUS DIPERKASAKAN BAGI MENCAPAI THE GREATER KEDAH - SULTAN KEDAH

    ISNIN (04.03.2024) ALOR SETAR - Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia...

     

     

     

    Tiada tawaran sebut harga buat masa ini.

    8 CERUN KRITIKAL DIKENAL PASTI DI KEDAH

    ALOR SETAR (21 DISEMBER 2022) : Lapan lokasi cerun kritikal dikenal pasti di Kedah yang perlu diberi perhatian sama ada ditutup atau sebaliknya ketika musim tengkujuh.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata, hasil pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, kawasan Gunung Keriang di sini, dikategorikan sebagai tahap tinggi.

    “Turut dikenal pasti kawasan kategori tahap tinggi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Meriam Kuala Muda, Sungai Petani dan Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi.

    “Empat kawasan lagi dikategorikan sebagai tahap sederhana iaitu Taman Kenari, Kulim; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa, Kuala Muda; Jalan Ulu Melaka, Langkawi dan Taman Helang, Langkawi, manakala Kompleks Kraftangan, Langkawi pula dikategorikan sebagai tahap rendah,” katanya ditemui hari ini.

    Mohd Firdaus berkata, JMG juga mengesan terdapat beberapa lokasi Taman Eko Rimba (TER) di Kedah yang berisiko mengalami fenomena kepala air.

    “Kawasan itu adalah di Titi Hayun, Yan; Tupah dan Seri Perigi, Kuala Muda; Puncak Janing, Padang Terap; Sungai Sedim, Kulim; Bukit Hijau, Baling; Telaga Tujuh, Langkawi; Lata Bayu, Baling dan Bukit Wang, Kubang Pasu.

    “Selain kawasan yang dinyatakan, terdapat juga kawasan lain yang berisiko, tetapi pada tahap rendah seperti sepanjang jalan ke Puncak Jerai, sepanjang jalan Gunung Raya, Langkawi; Lebuh Raya Timur Barat, Baling dan Jalan Tanjung Jaga, Yan,” katanya.

    Beliau berkata, semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah (JPBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau kawasan berisiko bencana dan melaporkan kepada jawatankuasa untuk tindakan susulan.

    “JPBN mencadangkan kerajaan negeri mengeluarkan arahan kepada semua pengunjung dan pelancong agar tidak melawat dan mengadakan sebarang aktiviti di tempat berisiko seperti dinyatakan mulai 20 Disember sehingga pertengahan Januari 2023.

    “JPBN turut mencadangkan semua pemain industri pelancongan dan perniagaan di kawasan cerun dan di TER mengurangkan atau menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga pertengahan Januari 2023, atau sehingga keadaan cuaca bertambah baik,” katanya.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT