Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia

Negeri  Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia bagi Tahun 2022 sebagaimana yang telah diputuskan semasa Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia pada tahun 2021 yang lalu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Sultan Kedah Darul Aman berkenan berangkat bagi merasmikan persidangan ini.