pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    RANCANG BINA LEBIH BANYAK PPS KEKAL

     

    AHMAD Zahid (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun (kanan) ketika taklimat sempena lawatan kerja di KEDA. FOTO Luqman Hakim Zubir

     

     

    ALOR SETAR (5 MAC 2023) : Kerajaan merancang membina lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di seluruh negara selepas menyiapkan lapan kemudahan itu setakat ini.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPS kekal berkenaan akan dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan lokasi penempatan mangsa banjir sebelum ini.

    Jelasnya, pembinaan kemudahan itu akan dibina mengikut keutamaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor selain di negeri pantai barat lain yang didapati kerap berlaku bencana.

    “Setakat ini kita sudah bina lapan PPS kekal yang peruntukkanya disalur NADMA terus kepada pihak sekolah bagi menguruskannya,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini, hari ini.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selama ini mangsa banjir kerap berhadapan masalah apabila terpaksa tinggal lama di PPS yang tidak mempunyai kemudahan lengkap.

    Beliau berkata, ketika ini pihaknya mengenal pasti terdapat kira-kira 1,000 sekolah yang dijadikan PPS tetapi tidak mempunyai kemudahan lengkap.

    “Ada dewan sekolah yang dijadikan PPS tidak cukup tandas dan bilik mandi, jadi kita kena bina kemudahan itu untuk mangsa yang terpaksa dipindahkan.

    “Di luar musim banjir pula, dewan PPS itu boleh digunakan pihak sekolah, pelajar dan masyarakat bagi mengadakan aktiviti lain,” katanya.

    Sementara itu, beliau turut memaklumkan terdapat lebih 1,000 hektar tanah terbiar KEDA yang boleh dimanfaatkan melalui pendekatan baharu dalam membangunkan ekonomi penduduk luar bandar.

    “Cabaran utama yang dihadapi kita adalah tanah terbiar ini terletak dalam keadaan berselerak dan keluasannya berbeza-beza menyebabkan perlu ada kaedah baharu dalam membangunkannya.

    “Perlu ada pendekatan berlainan dalam menguruskan isu ini, boleh diadakan program keusahawanan yang sesuai kepada penduduk di kawasan terbabit,” katanya.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT