pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO)

     ALOR SETAR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan berkuatkuasa hari ini seperti yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah baru-baru ini.

     
    Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata penyerahan kenderaan rasmi oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini adalah sebagai satu usaha mengajak proses demokrasi ini berjalan dengan demokrasi yang telus.
    "Ianya kerana kebanyakan program dalam tempoh pembubaran sehingga berlaku pilihanraya ini kebanyakannya adalah program kempen parti politik.
    "Bagi mengelak berlakunya tuduhan seperti berkempen menggunakan kenderaan kerajaan maka penyerahan kenderaan ini sangat wajar dilakukan.
    "Walaupun tugas exco masih berjalan seperti biasa, exco diminta untuk menggunakan kereta sendiri dan saya pasti setiap exco mempunyai kenderaan persendirian untuk digunakan dalam tempoh sebelum pilihanraya berlangsung memandangkan terlalu banyak berita tidak betul boleh terjadi sepanjang kempen pilihanraya ini," katanya.
     
    Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
    Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Wira Isahak Murat dan barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
     
    Dalam perkembangan yang sama, Sanusi berkata kenderaan yang dinaikinya selaku Menteri Besar Kedah juga akan diserahkan tetapi diletakkan di Seri Mentaloon memandangkan terdapat tempat letak kereta di sana.
     
    "Kenderaan semua exco pula akan diletakkan di Wisma Darul Aman kerana di sini terdapatnya petak khas untuk kenderaan mereka," ujarnya.
    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT