pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH LANTIK 10 EXCO BARU

    ALOR SETAR (21 OGOS 2023):Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dipilih bagi menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) berkuatkuasa hari ini selepas parti Perikatan Nasional diberi mandat memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) 12 Ogos yang lalu.

    Majlis Pelantikan Yang Berhormat
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah disempurnakan di hadapan Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

    Majlis Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dimulai dengan Dato’ Seri Maharaja Lela, Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bagi memulakan majlis.

    Majlis diteruskan dengan upacara Mengangkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah oleh 10 orang ADUN yang terpilih serta disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah.

    Sepuluh ADUN tersebut terdiri daripada Dato’ Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas), Mohd Azam Abd Samat (Sungai Limau), Dr. Haim Hilman Abdullah (Jitra), Dato’ Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Mohamad Yusoff Zakaria (Kuala Nerang), Mejar (B) Mansor Zakaria (Kuala Ketil), Dzowahir Ab. Ghani (Suka Menanti), Dato’ Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan), Muhammad Radhi Mat Din (Alor Mengkudu) dan Wong Chia Zhen (Kulim).

    Seterusnya majlis diakhiri dengan pengurniaan Surat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah oleh Tuanku Sultan Kedah kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan disempurnakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang.

    Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato’ Paduka Bakar Din; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wira Isahak Murat; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Dato’ Nik Azhan Hakim Nik Mahmood.

    Sumber : Facebook – Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT