KUNJUNG HORMAT DUTA REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN

 

ALOR SETAR (28 NOVEMBER 2023) – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerima kunjungan hormat Duta Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia, H.E. Dr Peter Blomeyer di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pertemuan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama di antara Republik Persekutuan Jerman dan Kerajaan Negeri Kedah disamping menjalinkan kerjasama strategi dari pelbagai aspek seperti pelaburan dan pendidikan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sahil Zabidi.

Sumber : Facebook – Warta Kedah