pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BAJET KEDAH 2024 LULUS

    ALOR SETAR (30 NOVEMBER 2023) – Persidangan Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Ke-15 (Mesyuarat Bajet) telah sampai ke penghujungnya apabila berlangsung selama lima hari bermula Ahad lepas.

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata Alhamdulillah Bajet Kedah 2024 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah bermaksud tahun hadapan kita mempunyai kewangan untuk dibelanjakan mengikut bajet yang dibentangkan.

    “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, perbahasan dan penggulungan berkualiti yang memuaskan hati saya sendiri serta daripada pihak pembangkang.

    “Pada persidangan yang akan datang pada bulan Mac 2024 nanti, kita akan menambahbaik lagi prestasi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di pihak kerajaan seramai 33 dan pembangkang tiga yang dilihat memberi pandangan dan perbahasan yang baik.

    “Kedah ini tidak seperti tempat lain yang kurang keharmonian dalam persidangan dan kita dipihak Kerajaan Negeri dan pembangkang sentiasa berbaik, sopan dalam hujahan yang penuh dengan tatasusila sebagai ADUN kerajaan ataupun pembangkang.

    “Tiada isu besar pada Persidangan DUN kali ini dan menurut pandangan saya Bajet kali ini merupakan Bajet terpantas yang diluluskan kerana tidak ada banyak persoalan berbangkit dan mereka telah faham penjelasan butiran-butiran Bajet Kedah 2024 yang telah dibentangkan Ahad lalu,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas berakhirnya Persidangan Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Ke-15 (Mesyuarat Bajet) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri, Dato’ Mohd Salleh Saidin dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anuar Syed Abidin.

    Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata Dewan Undangan Kedah telah meluluskan sebulat suara usul mengecam kezaliman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin dalam Sidang DUN kali ini.

    “Alhamdulillah ini merupakan pertama kali kita mengemukakan usul seperti itu dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan menyokong usul tersebut,” ujarnya.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT