pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH SIAPSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI GLOBAL MENJELANG 2040


    SELASA (05.03.2024)
    ALOR SETAR - Ekonomi dunia pada hari ini berada dalam keadaan yang mencabar berikutan faktor ketegangan geopolitik dan perdagangan yang berpanjangan serta perubahan iklim telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan. Menjelang tahun 2040, ekonomi global dijangka terus menghadapi cabaran.
     
    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata perubahan demografi penduduk dunia yang akan mempengaruhi struktur tenaga kerja dan permintaan pengguna, teknologi dan automasi yang akan menyaksikan penggunaan kecerdasan buatan, automasi dan pengguna robotik bakal mengubah landskap pekerjaan. Perubahan iklim (climate change) yang menyaksikan cuaca ekstrim, kenaikan paras air laut dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan membawa kesan bencana alam dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara.
     
    “Jurang pendapatan penduduk yang melebar kesan daripada pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang, sumber air, tenaga dan makanan yang terhad tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat, seiring dengan pertambahan penduduk dunia boleh mencetuskan tekanan ekonomi dan konflik.
    “Dalam hal ini, Negeri Kedah juga tidak berkecuali dari menerima tempias daripada cabaran ekonomi global dengan mengambilkira unjuran penduduk negeri yang meningkat dari 2.19 juta orang pada tahun 2021 kepada 3.46 juta orang pada tahun 2040 dan cabaran mengekalkan status negeri ini sebagai "Rice Bowl of Malaysia" serta kawasan liputan tanah berhutan akibat tekanan arus urbanisasi berikutan kawasan pembangunan yang semakin terhad," katanya.
     
    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh ADUN Kupang, Brig. Jen (B) Dato Najmi Ahmad dalam Persidangan Dewan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
     
    Dalam sesi pertanyaan mulut, Najmi bertanyakan tentang apakah persiapan kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi global menjelang 2040.
    Lanjutan daripada itu, Sanusi berkata Kerajaan Negeri telah merangka Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang dilengkapkan dengan pelbagai strategi dan inisiatif yang dilihat mampu mempersiapkan Negeri Kedah menghadapi cabaran ekonomi lokal dan global menjelang tahun 2040 merangkumi inisiatif-inisiatif antaranya seperti Projek Penanaman Padi Secara Estet dan Tanaman Padi Lima Kali Dua Tahun bagi menjamin keselamatan makanan, projek dan program yang melibatkan inisiatif Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) seperti Pembangunan Janakuasa Hidro dan Ladang Solar.
     
    “Pembangunan Infrastruktur Digital seperti Pusat Data (Data Centre) dan "Internet Exchange" sebagai "enabler" kepada sektor perindustrian berteraskan teknologi tinggi. Program TVET dan STEM yang akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
     
    "Berdasarkan kepada strategi dan inisiatif yang dirangka, Pelan Pembangunan Kedah yang disasarkan pencapaian dan matlamatnya sehingga tahun 2035 akan
    dibuat kajian semula setiap lima tahun agar terus relevan bagi menghadapi cabaran ekonomi menjelang tahun 2040," ujarnya.
    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT