pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    ALOR SETAR (06 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024H/1445M di Masjid Zahir di sini, hari ini.

    Majlis dimulakan dengan Tuanku Sultan Kedah menunaikan solat Isyak dan solat Sunat Tarawih bersama jemaah Masjid dan disusuli dengan Majlis Sah Khatam Al-Quran bersama orang ramai yang di ketuai oleh Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Mohd Naim Ahmad.

    Khatam Al-Quran diakhiri dengan bacaan doa oleh Imam Besar dan sumbangan Moreh Ampun Kurnia Tuanku Sultan Kedah kepada orang ramai yang hadir.

    Berangkat hadir sama ke Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehddin.

    Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Awang dan Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Sheikh Abd Rahman Abdullah.

    Sumber : Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT