English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg

KONVOI KE YALA SUMBANG AL-QURAN

Seramai 35 peserta dari Kelab Jaguar Bikers Malaysia menyertai Program Ride Amal dan Jalinan Ukhuwah Malaysia-Thailand di Masjid Padang Sanai, semalam. Pengerusi kelab, Zaidi Latif berkata, program amal pertama kali itu membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke Yala, Thailand.

Katanya, program dirasmikan Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim selaku tuan rumah. "Program dua hari itu bertujuan mengeratkan hubungan penduduk dari dua negara selain menyampaikan sumbangan al-Quran dan barangan dapur kepada penduduk miskin di Yala.

"Sebelum itu, kami juga singgah di daerah Sakom dan Kabang di Selatan Thailand," katanya.

Zaidi berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada bikers dan mencadangkan supaya dijadikan acara tahunan kelab.

"Kami juga berterima kasih kepada beberapa NGO yang turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini," katanya.

Menurut Zaidi, peluang itu memberi pengalaman kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi melihat kehidupan masyarakat Melayu di sana sambil memberi sumbangan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.