English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • Pemasyhuran1.jpg
  • waktubekerja.png

KIMJ 2018 PERKENAL DAERAH KULIM

Penganjuran program Kulim International MTB Jamborace (KIMJ) 2018 berjaya memperkenalkan daerah ini sebagai pentas tahunan sukan berbasikal lasak.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, program sukan basikal lasak yang dianjurkan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) itu membuktikan PBT itu juga berjaya menguruskan program berprestij antarabangsa itu.

“Program bertemakan ‘Release The Endorphins’ itu berjaya menarik peminat sukan lasak itu dari dalam dan luar negara datang ke daerah ini.

“Saya berpendapat program KIMJ 2018 boleh dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program ini juga dapat memupuk minat masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.