English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Pemasyhuran1.jpg
  • tahniahdsmm.png
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png

SL1M PERSIAP SISWAZAH HADAPI ALAM PEKERJAAN

ALOR SETAR 17 APRIL - Seramai 20,000 orang hadir menyertai program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018 Peringkat Zon Utara bagi merebut 9,000 peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan oleh 45 buah syarikat di seluruh negara.

Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Haniff Mustaffa, 24, berkata, dia tidak mahu ketinggalan menyertai program SL1M apabila menyedari persaingan mendapat pekerjaan semakin mencabar pada masa kini.

Menurut pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Data Komunikasi dan Rangkaian itu, dia bernasib baik kerana temu duga ketiga yang dihadiri dalam program ber­kenaan membuahkan hasil apabila diterima menjadi pelatih SLIM dengan syarikat Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM).

"Sejak tamat pengajian pada Julai tahun lalu, saya masih belum mempunyai pekerjaan tetap yang bersesuaian dengan kelayakan akademik saya. Saya cuba mencari pekerjaan tetap dalam bidang IT (teknologi maklumat) di Kedah dan Perlis malah saya juga ada menghadiri temu duga di Cyberjaya, namun sehingga kini masih belum ada rezeki.

"Apabila mengetahui tentang program Temu Duga Terbuka SL1M ini, saya tidak mahu melepaskan peluang kerana banyak syarikat terlibat yang memberi lebih peluang kepada pencari kerja seperti saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurul Huda Hafiza Mohd. Sabri menyifatkan program SL1M sebagai platform terbaik dalam mendekatkan lepasan universiti dengan industri yang diminati.

"Saya menumpukan perhatian dalam mengenal pasti syarikat yang saya dapat belajar dan memberikan pendedahan baik dalam bidang yang saya minati iaitu kimia dan kerana itu saya tidak tergesa-gesa mencari kerja.

"Saya percaya persiapan secu­kup­nya wajar sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Jadi latihan dan bimbingan yang saya boleh dapat menerusi SL1M ini sangat berguna," katanya.

Nurul Huda Hafiza berjaya me­nempatkan dirinya bagi menjalani latihan selama lapan bulan sebagai ahli kimia di CCM Duo­pharma setelah berjaya dalam temuduga yang dianjurkan SL1M.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.