English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • KedahApps.png
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg

BAIK PULIH JALAN ROSAK

 

Kerajaan negeri akan segera membaik pulih mana-mana jalan di negeri itu yang rosak sehingga mengancam keselamatan pengguna khususnya penunggang dan pembonceng motosikal.

Exco Kerja Raya, Ir Zamri Yusuf berkata, pihaknya menggunakan baki peruntukan untuk kerja membaik pulih dan selenggara jalan di negeri berdasarkan keutamaan dari aspek keselamatan dan juga kepadatan pengguna yang menggunakan laluan itu.

“Dalam taklimat baru-baru ini, saya difahamkan peruntukan sebanyak RM15 juta daripada keseluruhan RM19 juta yang diperuntukkan untuk kerja membaik pulih dan selenggara jalan masih belum digunakan lagi, walaupun aduan yang diterima lebih banyak.

“Oleh itu, berdasarkan aduan yang diterima pihak saya dan juga aduan menerusi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), ia akan dikumpulkan. Kita akan senaraikan aduan mengikut keutamaan supaya jalan dapat dibaiki dalam kadar segera,” katanya kepada media, tadi.

Beliau berkata demikian selepas meninjau jalan di kawasan perumahan awam di Taman Wira Mergong dan lorong kedai perniagaan di Shahab Perdana, di sini.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati beberapa laluan jalan raya yang khususnya digunakan pengguna motosikal dalam keadaan kritikal dan perlu dibaiki segera.

“Kita mahu jalan raya digunakan dalam keadaan selamat, lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal, kalau ada lubang satu atau lebih dari itu sangat membahayakan penunggang motosikal. Seperti semua tahu, kemalangan jalan raya banyak melibatkan motosikal khususnya penunggang dan pembonceng motosikal.

“Untuk kedua kawasan ini, jalan yang diturap dan dibaiki melibatkan 1,050 meter, peruntukan belum ditentukan lagi,” kataya.

Katanya, selain di Alor Setar, dua kawasan yang perlu diberi keutamaan ialah Sungai Petani dan Kulim.

“Aduan masalah jalan sememangnya diterima di setiap daerah di negeri. Tetapi, mengikut keutamaan dan kepadatan penduduk, tumpuan diberi kepada kawasan di bandar di mana penggunanya ramai dan majoriti penunggang dan pembonceng motosikal.

“Pihak kerajaan bertanggungjawab membina jalan dan menyelenggarakan jalan, kita tidak mahu kemalangan atas sebab kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), teknikalnya isu jalan,” katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.