English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Kereta_Berhias.jpeg
  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png

UEC : TIDAK PERLU TERGESA-GESA

ALOR SETAR 29 Julai - Kerajaan negeri belum membuat sebarang pendirian berhubung isu pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, buat masa ini, pihak­nya masih belum menga­dakan perbincangan isu itu walaupun ia merupakan isu di peringkat kebangsaan.

"Saya melihat dalam buku harapan mewakili Paka­tan Harapan pada PRU14 lalu, ada yang menyentuh tentang UEC.

"Tetapi ada syarat-syarat tertentu, kita membuat sedikit perbincangan dengan pihak kementerian pendidikan dalam perkara ini untuk memahami apa sebenarnya pendirian kementerian sebe­lum kita membuat keteta­pan di peringkat negeri," katanya, kepada media, selepas menghadiri Majlis Penyam­paian Anugerah Eidul Ilmi di Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (Semesti), di sini, semalam.

Menurutnya, isu UEC masih belum mencapai pe­ring­kat untuk kerajaan negeri bersetuju atau tidak.

"Kita tengok dulu, perkara yang penting buat masa ini adalah melihat dasar pen­didikan negara. Saya difa­hamkan kementerian pen­didikan sedang meneliti dan mungkin menggubal semula dasar pendidikan. Ia akan memberi impak kepada Kedah, tentunya juga isu UEC akan disentuh dalam dasar yang baru.

"Oleh itu, saya berpan­dangan tidak ada keper­luan untuk membuat keputusan terlalu tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata sekiranya UEC diiktiraf kerajaan, semua aliran pembelajaran terma­suk Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) juga perlu dinilai dan boleh diiktiraf.

"Perkara ini perlu diberi pertimbangan berikutan kua­liti pelajar yang semakin meningkat bukan dalam sub­jek agama sahaja tetapi subjek lain juga. Saya lihat dalam dunia tanpa sempadan seka­rang, sekiranya pem­belajaran tersebut digan­dingkan ia akan menjadi gabungan terbaik.

"Sekiranya ada mesyuarat berkaitan UEC nanti, mungkin saya akan cuba sampaikan pandangan berhubung perkara itu tetapi kita perlu adakan perbin­cangan di peringkat Mesyu­arat Exco Kerajaan Negeri terlebih dahulu," katanya.

Oleh : Gokina Morganan

Sumber : Sinar

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.