English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • Aidiladha_2018.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg

KERAJAAN USAHA BATALKAN PROJEK KUARI

BALING 29 Julai - Kerajaan negeri optimis memelihara alam sekitar dan akan berusaha membatalkan projek kuari batu di Gunung Pulai dalam Dun Bayu.

Exco Alam Sekitar, Simon Ooi Tze Min berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha ke arah itu namun ia perlukan kajian.

Menurutnya, kajian berdasarkan pelbagai aspek perlu diambil kira.

"Projek ini diluluskan kerajaan sebelum ini pada tahun 1996, kita sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah dihadapi penduduk.

"Kita akan kaji (batalkan projek), mungkin boleh dan kita berhasrat ke arah itu. Cuma kita perlu sedikit masa untuk kaji dari sudut undang-undang. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco akan datang,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kaki Gunung Pulai hari ini.

Menurutnya, projek itu turut melibatkan dua syarikat lain.

"Projek ini perlu pengambilan tanah orang kampung untuk adakan akses jalan. Waktu ini ia belum selesaikan apa-apa, jadi projek tak boleh dijalankan," katanya.

Turut hadir dalam tinjauan hari ini ialah, Adun Bayu, Abd Nasir Idris, Adun Kupang, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad serta

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam ( Peka), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS).

Sumber : Sinar

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.