English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png

SULTAN KEDAH BERANGKAT KE MAJLIS SAMBUTAN HARI PAHLAWAN

ALOR SETAR 31 Julai - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri 2018 di Tugu Peringatan Jalan Tunku Bendahara di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff disambut oleh Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebaik tiba kira-kira pukul 10 pagi, baginda berkenan untuk melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion ke-6, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Syuhaimi Hashim.

Atur cara majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan sajak oleh pegawai polis, Deputi Superintenden Azizi Ahmad.

Selepas itu, baginda berkenan untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan sebagai tanda menghargai pengorbanan kalangan wira yang berjuang demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

Turut diberi penghormatan untuk berbuat demikian adalah Menteri Besar; Panglima Markas Briged Ke-6 Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail; Ketua Polis negeri, Datuk Zainal Kassim; Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Rusli Ahmad; Komandan Tentera Udara Alor Setar, Datuk Johnny Loh Kok Kong; Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kedah, Datuk Yusoff Yaacob dan Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri, Ismail Deraksa.

Sumber : Utusan

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.