English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Kereta_Berhias.jpeg
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • Daerah_Tanah_1.png

HAD BELIAN NAIK RM 1000

LANGKAWI 4 Ogos - Kadar pelepasan cukai belian untuk pelancong tempatan yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City di Kuah di sini hari ini.

"Kita akan benarkan pelancong dari tanah besar yang membeli-belah di Langkawi tidak payah bayar cukai belian barang sehingga RM1,000 daripada RM500 sebelum ini.

"Namun pengecualian itu tidak termasuk arak dan rokok. Kalau nak beli arak dan rokok kena bayar cukai juga," katanya yang turut meninjau pusat khidmat tersebut.

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan status bebas cukai di pulau peranginan negara ini akan dikekal demi menarik lebih ba­nyak pelancong.

"Kita masih perlukan banyak pelabur untuk adakan projek dan membina kilang maka orang Langkawi akan dapat peluang kerja dan dapat gaji seterusnya meningkatkan pendapatan mereka, tapi kenalah buat kerja," katanya.

Oleh : Jamliah Abdullah

Sumber : Utusan

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.