English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MERIAH

ALOR SETAR 31 Ogos - Lebih 5,000 orang awam hadir di Dataran Medan Bandar berhadapan Masjid Zahir, di sini, hari ini, untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri yang bermula jam 7.30 pagi.

Kira-kira 3,000 peserta daripada 89 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan yang bermula jam 9 pagi.

Perarakan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan pancaragam Kolej Tentera Udara Kepala Batas diikuti pembawa Jalur Gemilang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian dan pancaragam Sekolah Menengah Keat Hwa.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke sambutan peringkat negeri.

Turut serta, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.