English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • waktubekerja.png
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg
  • kedahmail.jpg

BANJIR LANDA KEDAH, 501 MANGSA DIPINDAHKAN

ALOR SETAR 9 Oktober - Seramai 501 mangsa banjir daripada 151 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan yang dibuka di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling sehingga pukul 4 petang hari ini.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Imran Azemi berkata, sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan sebuah di Kubang Pasu.

"Bagi daerah Kota Setar, seramai 247 mangsa daripada 81 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Surau Al-Syakirin, Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung dan SK Titi Gajah.

"Di kawasan Siong, Baling pula, seramai 128 mangsa daripada 37 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan iaitu Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Dewan Orang Ramai Keda Batu 8, Dewan Kampung Weng Luar dan Dewan Batu 60," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, untuk kawasan Bongor, Baling, seramai 56 daripada 14 keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Banggol Derom.

"Bagi daerah Kubang Pasu pula, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di PPK Lubuk Batu membabitkan seramai 70 mangsa daripada 19 keluarga," jelasnya.

Tambahnya, jumlah mangsa banjir meningkat berbanding pukul 12 tengah tadi iaitu seramai 401 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan berkenaan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.