English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg
  • KedahApps.png
  • waktubekerja.png

TARIK PELABUR ASING KE KEDAH

SUNGAI PETANI 16 Januari - Kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam bidang pengeluaran termasuk pembuatan komponen kenderaan dan pesawat yang mampu merancakkan ekonomi sekaligus menarik pelabur asing ke Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sepertimana hasrat syarikat Morrissey dalam sektor pembuatan alatan perubatan, telekomunikasi dan bidang pembuatan komponen pesawat kapal terbang sangat dialu-alukan.

Menurutnya, kilang itu yang bertapak di Sungai Petani seawal tahun 2000 dan berkembang ke Kulim pada 2005, mampu menjadi pengeluar komponen kenderaan dan kapal terbang terbesar di negara ini sekiranya mempunyai perancangan masa depan yang teliti. "Seperti yang telah dimaklum sebelum ini, beberapa projek besar lain telah diluluskan untuk pelaksanaan di negeri ini termasuklah Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam dan Kedah Science and Technology Park juga di daerah Kubang Pasu dan Kedah Rubber City di Padang Terap.

"Projek-projek ini dijangka dapat membantu merancak pertumbuhan ekonomi negeri ini, selain meningkatkan keyakinan pelabur baru untuk datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kilang ke-6 dan 8 Morrissey Integrated Dynamics Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Miel, Sungai Lalang.
Selain itu, katanya, cadangan pembinaan Kulim International Airport (KXP) serta pembinaan pelabuhan darat atau 'inland port' di Kota Perdana dijangka dapat menjadi pemangkin lonjakan ekonomi menerusi aktiviti import dan eksport.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mencari inisiatif baru untuk menjana ekonomi negeri. Pembukaan kawasan perindustrian baru yang disebutkan tadi dapat mencipta pelbagai aktiviti ekonomi baru yang berimpak dan berteknologi tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, perkembangan industri berkenaan bukan sahaja mampu menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi malah pendapatan lumayan buat rakyat Kedah.

Menurut Mukhriz, hasrat Kerajaan Pakatan Harapan untuk merealisasikan hasrat dan kepercayaan rakyat dan pengundi pada pilihan raya lalu yang mahukan sebuah negeri dan negara yang maju selain bebas dari unsur rasuah. "Kerajaan ini juga tegas dengan prinsip integriti, telus dan juga bertanggungjawab kerana amanah yang diberikan oleh rakyat adalah untuk melihat Kedah dan juga Malaysia menjadi lebih baik dari sebelumnya," jelasnya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.