English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • Daerah_Tanah_1.png

HAPUS LADANG KETUM TANPA KEBENARAN

ALOR SETAR 22 JANUARI - Kedah akan mengambil tindakan tegas menghapuskan ladang tanaman daun ketum sekiranya ia ditanam tanpa memperoleh kebenaran daripada pihak berkaitan berikutan masalah penyalahgunaannya yang semakin teruk. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan yang akan menggunapakai undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara itu akan membolehkan kerajaan negeri menghapuskan lebih 100 hektar ladang ketum yang ada di Kedah. Katanya, berdasarkan rekod, lebih 80 hektar ladang yang menanam daun ketum dikesan di Padang Terap, Kubang Pasu (22) hektar, Yan (9), Sik (3) dan lain-lain daerah dalam jumlah yang sedikit.

"Kekangan undang-undang menyukarkan penguatkuasaan dalam negara, jadi di peringkat negeri kita akan gunakan Kanun Tanah Negara yang membabitkan syarat pertanian di mana penanaman ketum adalah salah di sisi undang-undang. Kalau hendak tanam perlu mendapat kebenaran daripada Menteri Kesihatan.
"Ini juga selaras dengan hasil Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) sebelum ini yang bersetuju supaya akta berkaitan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran, bagaimanapun ia akan mengambil masa untuk membolehkan ia dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah bersama Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah di Wisma Darul Aman, di sini. Mukhriz berkata apabila tindakan itu dikuatkuasa dalam masa terdekat, antara tindakan yang boleh diambil ialah dengan memberi amaran sebanyak dua kali terlebih dahulu, dan sekiranya arahan gagal dipatuhi kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menghapuskan terus tanaman berkenaan.

"Tindakan ini perlu diambil kerana kalau kita lihat dalam tempoh lima tahun sehingga Ogos 2018, seramai 13,296 orang penagih dikesan di Kedah termasuk 10,215 belia yang berusia antara 19 hingga 39 tahun. Daripada jumlah itu masalah besar yang dihadapi oleh Kedah berbanding negeri lain ialah penyalahgunaan daun ketum. "Data tinjauan juga menunjukkan 81,028 kilogram (kg) daun ketum dirampas pada 2017 manakala sehingga Ogos 2018, sebanyak 87,564 kg daun ketum dirampas. "Bagi cecair ketum pula, 89,060 liter dirampas bagi 2017 dan sehingga Ogos lepas 233,526 liter dirampas," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada tanah yang dijadikan ladang daun ketum akan dirampas, Mukhriz berkata perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco esok dan sekiranya dipersetujui banyak tindakan susulan yang boleh dibuat bagi menangani masalah penyalahgunaan daun ketum negeri.- Bernama

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.