English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png

IOCC BUKTI BANDAR PINTAR DI KEDAH

SUNGAI PETANI 28 Januari- Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) di Langkawi dijangka menjadi projek pembuktian konsep Bandar Pintar di Kedah sekaligus menjadikan Kedah Digital selaras memenuhi kehendak Revolusi Industri 4.0. Exco Penerangan, Komunikasi dan Multi Purposemedia, Mohd Firdaus Ahmad berkata, IOCC yang bakal diuruskan SPKB Hitech Sdn Bhd melalui usahasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan STT Technologies Sdn Bhd Februari depan mampu mengesan sebarang bentuk permasalahan dan bantuan agar tindakan segera dapat diambil melalui sistem keselamatan yang diaplikasikan.

Menurutnya, kejadian seperti kemalangan, jenayah, bencana atau kebakaran yang berlaku dapat dikesan dengan lebih cepat sebelum dihantar kepada pihak berkaitan. "Kejadian seperti ini dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam dan disalurkan kepada IOCC dan ia pula menyalurkan maklumat terbabit kepada agensi berkaitan dengan pantas. "Itu tujuan kita laksanakan Bandar Pintar, selain kita sediakan perkhidmatan wifi percuma, sebagai contoh laksanakan pembayaran cukai guna aplikasi, letak kereta guna aplikasi yang saya jangka perancangan tersebut dapat direalisasikan dalam masa terdekat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Penerapan dan Pelaksanaan Pembangunan Bandar Pintar Negeri Kedah di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Abdul Rahman Din dan Ketua Pegawai Eksekutif STT, Suhaimi Ahmad. Beliau berkata, Langkawi belum lagi diangkat sebagai Bandar Pintar tetapi pulau lagenda itu mempunyai fasiliti lengkap Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) yang mana kemudahan itu telah disiapkan dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri secepat mungkin. Katanya, SPKB akan memohon kepada kerajaan negeri untuk diuruskan dalam masa terdekat sebaik sahaja IOCC diserahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

"Di Langkawi banyak pelancong dan kadar jenayah juga tinggi di mana kalau dapat dilaksanakan sebagai Bandar Pintar, kemalangan dan jenayah dapat dikesan dengan lebih cepat," katanya. Dalam pada itu, katanya, bengkel yang berlangsung selama dua hari bertujuan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada jabatan dan agensi terlibat dalam merangka dan melaksana pembangunan Bandar Pintar secara komprehensif.

Melalui bengkel tersebut juga, segala input dari peserta yang menjadi pemegang taruh kepada pembangunan negeri akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk diangkat menjadi dokumen pelaksanaan Bandar Pintar negeri Kedah kelak. Katanya, IOCC di Kuah, Langkawi akan dilengkapkan dengan sistem keselamatan terancang CCTV dan sistem keselamatan di setiap pintu masuk seperti contoh kawalan untuk memasuki sempadan Thailand yang memerlukan kita mengisi borang selain pasport dan sebagainya.

"Di Langkawi mungkin akan meletakkan sistem pengesanan wajah , data akan dihantar kepada IOCC, sekiranya ada berlaku masalah, CCTV akan kesan kat mana lokasi terakhir pelancong itu berada," katanya. Selain Langkawi, Kulim HiTech merupakan salah satu lokasi di Kedah yang telah mengaplikasikan sistem berkenaan yang diuruskan Kulim HiTech sendiri. Beliau dalam masa sama menyasarkan bahawa Kedah akan dijadikan sebagai Negeri Pintar sekiranya semua daerah telah mengaplikasikan sistem berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.