English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png

48 ORANG SERTAI PROGRAM USAHAWAN

 

KULIM 18 Feb. - Seramai 48 orang usahawan dan kontraktor daripada pelbagai kaum telah berpeluang menyertai Program Business Tea Talk 2019 anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kulim Hindu Sabha di sini, semalam.

Pengerusi program itu, N. Mohanraj berkata, para peserta dari Kedah dan Pulau Pinang diberi pendedahan dan khidmat nasihat untuk memajukan perniagaan mereka. Kata beliau, para peserta juga berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan Credit Guarantee Corporatian Malaysia Bhd. (CGC) Cawangan Pulau Pinang.

"Pihak CGC cawangan Pulau Pinang telah membawa penceramah dalam pelbagai bidang kemahiran keusahawanan bagi menjayakan program ini. "Sebelum ini, ada antara peserta belum pernah mendengar ceramah dari agensi itu," katanya ketika ditemui di sini.

Pengurus Cawangan CGC Pulau Pinang, Wan Faizah Zakaria berkata, CGC serius untuk memajukan para usahawan tanpa mengira kaum ke tahap yang lebih tinggi. Katanya, malah pada tahun ini, CGC telah menyediakan peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM60 juta untuk tujuan berkenaan.

"Pada tahun lepas, sebanyak RM35 juta telah berjaya diagih-agihkan kepada usahawan dan ia memberi manfaat kepada seramai 118 orang pesertanya," katanya. Dalam pada itu, Setiausaha Politik Kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Teh Lean Ong ketika menutup program tersebut memuji pihak CGC kerana memberi tunjuk ajar kepada para usahawan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.