English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png

KEDAH BERADA DI TANGGA KEDUA KEMASUKAN PELABURAN

 

JERLUN 17 JUN - Kedah berada di tempat kedua selepas Pulau Pinang dalam pelaburan langsung tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.6 bilion bagi suku pertama tahun 2019.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dua sektor iaitu pembuatan dan makanan menjadi penyumbang utama kepada jumlah pelaburan berkenaan bagi Januari hingga Mac lalu.

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu sekaligus menjadikan kerajaan negeri optimis untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada penghujung tahun ini."Melihat kepada pencapaian tersebut mungkin kita perlu tingkatkan sasaran pelaburan kita selepas ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Jerlun di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Jerlun di sini semalam.

Mukhriz berkata, pencapaian yang sangat luar biasa itu membuktikan bahawa Kedah masih menjadi destinasi pelaburan yang menarik untuk pelabur."Yang paling penting adalah keupayaan Kedah untuk menarik pelaburan dan juga keyakinan pelabur itu sendiri terhadap kerajaan negeri dan persekutuan.

"Sekiranya mereka rasa tidak yakin dan kita tidak mesra pelabur atau kita terlalu banyak karenah birokrasi, tentunya mereka akan pilih negeri atau negara yang lain," katanya.Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang menyiapkan kajian fleksibiliti dan juga pelan induk.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.