English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png

LAKE VIEW RESORT BUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA

KULIM 30 JUN - Pembukaan Serdang Lake View Resort di pekan Serdang di sini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia selain memacu ekonomi penduduk setempat.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, resort diuruskan sepenuhnya Keda Resort & Holidays Sdn Bhd.Menurutnya, ia dilengkapi 33 bilik dan dua bilik asrama bagi lelaki dan perempuan termasuk sebuah dewan.

"Diharapkan resort ini dapat meningkatkan ekonomi melalui penganjuran program-program selain membuka peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia di kawasan ini."Aktiviti di resort ini perlu dipergiatkan promosinya melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dan perlu uarkan-uarkan pakej yang menarik supaya ia termasuk dalam aktiviti boleh disenarai dalam pelancongan negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Serdang Lake View Resort, di sini hari ini.Tambahnya, beliau harap kemudahan-kemudahan di resort itu dapat ditambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020."Sebagai contoh kita ada tasik yang cantik, kita boleh gunakan tasik itu bagi mengadakan aktiviti sukan air, (bina) restoran terapung dan sebagainya," katanya.Rina berkata, di Serdang, resort berkenaan satu-satunya dilengkapi pelbagai kemudahan memandangkan di kawasan itu kebanyakannya rumah inap desa.Harga sewaan kepada pengunjung bermula daripada RM108 dan ke atas.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.