English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png

MUKHRIZ MAHU ANAK MUDA KEDAH AKTIF BERPERSATUAN

ALOR SETAR 24 JUN 2019 - Penglibatan belia dalam persatuan masih rendah dan di tahap kurang memuaskan.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sehubungan itu kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program melibatkan anak muda agar lebih ramai golongan itu terdedah kepada aktiviti berfaedah.Menurutnya, belia adalah suara, semangat dan nadi bagi negara dan negeri dalam mencorak peradaban selain pencetus perubahan yang memacu kemajuan budaya dan bangsa.

"Kita mahu anak muda lebih bergiat aktif dalam persatuan, mengikut minat mereka sendiri. Kita sediakan platform untuk jaminan masa depan mereka yang lebih cerah. Apabila aktif dalam persatuan, timbul minat dan terlibat dalam aktiviti belia, jadi tidaklah goyang kaki dan buat perkara tidak bermanfaat," katanya, selepas merasmikan sambutan Hari Belia peringkat negeri, di pekarangan Stadium Darul Aman, hari ini.Mukhriz berkata, belia juga adalah 'wajah' masa lampau, kini dan hari depan, di mana tiada kelompok lain dalam masyarakat dapat menandingi pengaruh, idealisme, kesungguhan dan keberanian golongan belia.

Dalam ucapannya, Mukhriz berkata, golongan belia adalah pemimpin yang menjadi harapan negara dan bangsa, dan penting untuk mereka menetapkan hala tuju jelas selain menggilap potensi diri untuk teguhkan jati diri, berkualiti dan dinamik bagi menyumbang kepada kemakmuran negara."Sebab itu penting untuk belia meningkatkan budaya berpersatuan dengan menganggotai persatuan belia. Ia bukan sahaja dapat menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri, malah mengukuhkan persepaduan kalangan belia tanpa mengira kaum dan agama," katanya.Menurutnya, melalui berpersatuan, belia dapat meningkatkan iltizam menjadi pendukung semangat patriotisme dan sukarelawan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.