English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • waktubekerja.png

TUJUH KAMPUNG DIPILIH SEBAGAI PROJEK PROSPEK

KULIM 30 JUN - Tujuh buah kampung di daerah ini dikenal pasti sebagai Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) rintis pertama di kawasan utara.Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun berkata, lima daripada tujuh kampung berkenaan dibangunkan sebagai projek tanaman jagung.Menurutnya, ia melibatkan 52 ekar tanah terbiar milik penduduk kampung dengan penyertaan 50 peserta.

"Projek ini ialah satu program baru kementerian yang kita lancar pada awal tahun ini."Pembangunan Prospek terdiri daripada tiga komponen utama iaitu ekonomi, perumahan dan prasarana asas," katanya Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Kegiatan Ekonomi Propek Kampung Sidam, hari ini.Tujuh kampung terpilih bagi Prospek Rintis di sini ialah Kampung Ujung Padang, Kampung Guar Lobak, Kampung Sentosa, Kampung Sidam Kanan, Kampung Bukit Sidam, Kampung Keda dan Kampung Telok Sera.Rina berkata, tanaman jagung yang mengambil masa selama tiga bulan bagi mengeluarkan hasil mendapat permintaan sangat tinggi.

"Bukan sahaja daripada buah jagung untuk kegunaan komersial tetapi daun dan lain-lain itu digunakan untuk makanan ternakan," katanya.Rina (kiri) melawat gerai usahawan ikan pekasam ketika melawat Pusat Kegiatan Ekonomi Propek Kampung Sidam hari ini.Mengulas lanjut, Rina berkata, daripada segi prasarana, KPLB membantu kemudahan jalan termasuk pusat kegiatan ekonomi kampung."Ia menjadi pusat untuk masyarakat menjalankan aktiviti ekonomi atau aktiviti lain."Kita juga telah mengenal pasti beberapa rumah daripada senarai e-Kasih yang memang miskin untuk dibantu sama ada untuk baik pulih atau bina baru," katanya.

Beliau berkata, selain di Kulim Kedah, prospek Rintis juga dijalankan di Kampung Pasir Raja Dungun Terengganu dan beliau berharap kedua-dua projek berkenaan dapat dikembangkan ke kampung-kampung setiap negeri."Kita mendapat kerjasama baik daripada Ahli Parlimen, pegawai daerah, termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Kita mahu MPKK diperkasakan kerana akhirnya mereka ini juga akan menjalankan segala aktiviti program ekonomi," katanya.Mengulas lanjut Prospek Rintis di kampung berkenaan, Rina berkata, sumber yang ada di kampung dimanfaat bagi penjanaan ekonomi.

Sebagai contoh katanya, terdapat usahawan kawasan itu mengusahakan perniagaan ikan pekasam melalui ternakan ikan air tawar dan produk tersebut menerima permintaan tinggi."Kawasan ini berhampiran dengan sungai, jadi sebenarnya kita mengunakan apa yang ada di kampung ini untuk menambahkan ekonomi."Ia boleh dibuat penternakan ikan air tawar dan hasilnya boleh dijadikan produk hiliran lain."Pihak kementerian, KEDA, MARA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat akan sentiasa membantu dari segi bimbingan dan kemahiran kepada peserta," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.