English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png

SULTAN KEDAH SAMPAI SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT

Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Masjid Kubang Rotan,
Alor Star hari ini.

 

ALOR SETAR 27 Ogos - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk sekitar Kubang Rotan di sini, yang terjejas kehidupan mereka akibat kejadian ribut Lekima pada 9 Ogos lepas.Terdahulu, Sultan Sallehuddin yang tiba di Kampung Masjid, Kubang Rotan, di sini berkenan melawat salah sebuah rumah mangsa ribut untuk menyampaikan sumbangan wang dan barangan keperluan sebelum berangkat ke Masjid Nurul Ehsan, di sini bagi penyampaian sumbangan kepada 517 penerima yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri Halimaton Shaadiah Saad dalam ucapannya berkata setelah bancian dibuat, 2,290 rumah dari 12 daerah didapati mengalami pelbagai bentuk kerosakan akibat dipukul ribut pada hari berkenaan."Pelbagai bantuan telah dan sedang disalur kepada semua mangsa melalui agensi kerajaan termasuk daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Tabung Amanah Pegawai Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain peruntukan dana RM20,000 diberikan kepada setiap daerah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

"Bantuan daripada kerajaan Pusat juga telah diberikan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Selain itu, ucapan terima kasih juga dizahirkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu meringankan bebanan mangsa," katanya.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan negeri Mohd Asmirul Anuar Aris.

Sementara itu satu pasangan yang ditemui di majlis hari ini, Muslim Chik, 85, dan isterinya Che Mah Din, 70, berkata mereka sangat gembira dan bersyukur kerana Sultan Sallehuddin berkenan untuk datang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mereka."Kami tak sangka Sultan Kedah datang ke rumah, syukur sangat dan baginda ada berpesan supaya banyak bersabar.

Sumbangan yang diterima ini akan digunakan untuk membaiki bahagian bumbung rumah yang telah diterbangkan angin semasa ribut lalu."Masa kejadian, saya ke masjid untuk solat isyak bila balik sahaja ke rumah tengok bumbung sudah tiada. Memang sedih kerana sudah 50 tahun kami tinggal di rumah ini, bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana selamat," kata Muslim.-BERNAMA

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.