English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png

KEDAH TERIMA PERUNTUKAN 1.13 BILLION

Dr Radzi (kiri) dan Mukhriz (dua dari kiri) selepas mempengerusikan sesi libat urus penyediaan RMK12 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

 

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menerima peruntukan sebanyak RM1.13 bilion daripada jumlah peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 4 (2019) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM580 juta diperuntukkan untuk sektor ekonomi, sosial (RM458 juta), keselamatan (RM83 juta) dan pentadbiran (RM11 juta).

"Penyediaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berkenaan akan mengambil pendekatan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini."Ia bagi merapatkan jurang ekonomi, menstrukturkan semua ekonomi dan membentuk sebuah negara bangsa bersatu-padu dan hidup dalam harmoni supaya Malaysia menjadi paksi ekonomi Asia menjelang 2030," kata kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu MEA mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 (RMK12) Bersama Kerajaan Kedah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin di Wisma Darul Aman di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim.Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa sesi libat urus kali ke-14 terbabit juga akan meneroka keunikan dan kekuatan yang boleh dioptimumkan di Kedah demi mencipta kemakmuran bersama.

Malah kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan rentas sempadan membabitkan Kedah dan Thailand yang mana Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) akan terus dimanfaatkan untuk pembangunan negeri ini.Sementara itu, menurut Dr Radzi Kedah merupakan negeri terakhir dalam siri jelajah MEA ke semua negeri bagi penyediaan RMK12.

Menurutnya, sesi libat urus berkenaan akan diteruskan kepada peringkat pegawai selepas sesi jelajah di negeri berkenaan berakhir.Menurut Mukhriz, sesi libat urus berkenaan dilaksanakan demi mendengar taklimat perancangan RMK12 dari MEA, manakala kerajaan negeri berkongsikan laporan prestasi."Jadi kita berharap Kedah akan mendapat perhatian lebih kursus untuk terus melonjak sekali gus mampu memperkasakan rakyat," katanya.Kata beliau, untuk itu kita memerlukan perhatian lebih menjayakan apa-apa projek dirancang misalnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan Kedah Rubber City.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.