pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    ALOR SETAR (06 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri...

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    ALOR SETAR (04 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir, mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Agihan...

    KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

     KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan...

     

     

     

    Tiada tawaran sebut harga buat masa ini.

    3 KAPAL PERSIARAN MEWAH BAWA 20,000 PELANCONG KE LANGKAWI

     

    Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya (kiri sekali) berbincang sesuatu dengan Pengurus Restoran Terapung BIK, Mahyudi Md Yusof (tengah) dan Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah/Perlis, P Subramaniam selepas merasmikan Restoran Terapung BIK di perairan Kampung Sungai Menghulu, Langkawi.
    FOTO HAMZAH OSMAN

     

    LANGKAWI (15 DISEMBER 2022) : Kesediaan tiga kapal persiaran mewah MV Europa 2, Mein Schiff 5 dan Queen Victoria berlabuh dan menurunkan penumpang di pulau ini, bakal merancakkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan tempatan.

    Ketiga-tiga kapal yang belayar dari perairan antarabangsa itu bakal membawa kemasukan kira-kira 20,000 pelancong asing ke pulau pelancongan ini dalam tempoh lima bulan bermula bulan ini.

    Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, kapal terbabit dijangka melakukan 10 kali pendaratan di pulau ini dengan purata antara 1,400 hingga 2,000 penumpang kapasiti penuh setiap kali pelayaran.

    “Alhamdulillah, kita sudah nampak banyak perkembangan positif dan industri pelancongan tempatan sudah ‘menapak’ untuk kembali pulih ketika ini dan awal tahun hadapan.

    “Pulau ini sudah mencatat 30 penerbangan masuk iaitu hampir mencapai kapasiti penuh, manakala tiga kapal persiaran mewah bakal melakukan 10 kali pendaratan di pulau ini dalam tempoh lima bulan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Restoran Terapung BIK di sini, malam tadi.

    Abdul Gafar berkata, ketika ini, operasi perkhidmatan feri penumpang dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi purata lima trip setiap laluan sehari.

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT