pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    SULTAN KEDAH HADIR MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN DI MASJID ZAHIR

    ALOR SETAR (06 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri...

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH

    ALOR SETAR (04 APRIL 2024) – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir, mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Agihan...

    KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

     KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan...

     

     

     

    Tiada tawaran sebut harga buat masa ini.

    KEDAH AMBIL INISIATIF BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN

    ALOR SETAR (31 DISEMBER 2023) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah telah menghantar sebuah lori, lima buah pacuan empar roda 4×4, sebuah pacuan empat roda SUV dan sebuah kereta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir Negeri Kelantan Darul Naim.

    Pelepasan konvoi bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Menurut Norizan, Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk melancarkan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Kelantan yang disalurkan melalui JKM Negeri Kedah kepada penduduk Kelantan yang terkesan dan terjejas teruk terutamanya di Jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas dan Jeli.

    “Seramai 10 orang kakitangan JKM Negeri Kedah telah mengambil bahagian dalam misi ini di Jajahan yang terlibat dengan pelbagai bentuk bantuan akan diberikan kepada penduduk terjejas dengan banjir melibatkan barangan keperluan asas seperti tikar, hygeine kit, selimut dan air mineral untuk kegunaan harian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Jajahan terlibat.

    ” Kerajaan Negeri amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan banjir yang melanda negara khususnya di negeri Kelantan yang secara tidak langsung menjejaskan aktiviti harian penduduk dan berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat.

    “Pihak Kerajaan Negeri menasihatkan kepada orang ramai yang terjejas dengan bencana banjir ini untuk mangambil air minuman dan makanan yang bersih bagi mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan disamping kami turut mendoakan kesejahteraan kepada semua pihak yang terjejas akibat bencana banjir ini,” katanya.

    Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad dan Pengarah JKM Negeri Kedah, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.

    Pihak JKM Negeri Kedah juga akan menghantar kira-kira tiga buah bas yang dibarisi oleh pihak Sukarelawan JKM Kedah pada Januari 2024 untuk misi sukarela membersihkan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di negeri Kelantan.

    Sumber : Facebook – Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT