pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

     KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan...

    KEDAH SIAPSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI GLOBAL MENJELANG 2040

    KEDAH SIAPSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI GLOBAL MENJELANG 2040

    SELASA (05.03.2024) ALOR SETAR - Ekonomi dunia pada hari ini berada dalam keadaan yang mencabar berikutan faktor ketegangan geopolitik dan perdagangan yang berpanjangan serta perubahan iklim telah memberi kesan kepada...

    SELURUH ASPEK KEPENTINGAN NEGERI HARUS DIPERKASAKAN BAGI MENCAPAI THE GREATER KEDAH - SULTAN KEDAH

    SELURUH ASPEK KEPENTINGAN NEGERI HARUS DIPERKASAKAN BAGI MENCAPAI THE GREATER KEDAH - SULTAN KEDAH

    ISNIN (04.03.2024) ALOR SETAR - Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia...

     

     

     

    Tiada tawaran sebut harga buat masa ini.

    “BALING BERCAHAYA” TARIKAN BAHARU PELANCONGAN DAERAH BALING

     

    BALING (08 JANUARI 2024) – Kerajaan Negeri meletakkan sasaran yang tinggi bagi daerah-daerah di Kedah yang turut serta diperkayakan dan antara yang akan memperoleh laba daripada program Tahun Melawat Kedah (TMK2025). Bagi menjayakan sasaran itu adalah menjadi misi penting kerana selama ini pelancongan di Kedah lebih tertumpu atau dikaitkan dengan Pulau Langkawi, manakala tempat-tempat lain di seluruh Tanah Besar Negeri Kedah terlalu sedikit menerima tempiasnya.

    Mulai sekarang, di samping terus melonjakkan Langkawi, Kerajaan Negeri akan memastikan Baling, Yan, Kuala Muda, Pendang dan daerah-daerah lain akan turut berada dalam radar kunjungan pelancong.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Keusahawanan Negeri, Dato’ Mohd Salleh Saidin berkata sementara kerajaan berusaha mencapai matlamat itu melalui pelbagai kaedah yang telah dirancang, setinggi-tinggi harapan juga disandarkan kepada setiap rakyat Kedah di semua peringkat, daripada jabatan dan agensi, badan-badan swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela, penggerak komuniti, malah setiap individu untuk turut berganding bahu menterjemahkan impian tersebut kepada realiti.

    “Langkah mengadakan Program Baling Bercahaya ini adalah sejajar denggan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjulang dan gemilangkan sektor pelancongan di bumi Jelapang Padi yang kita cintai ini. Atas hasrat yang sama, Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Melawat Kedah.

    “Banyak yang boleh kita lakukan, antara yang paling penting adalah mempersiapkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada tetamu-tetamu yang tentu sahaja berlainan latar kehidupannya. Siapa pun mereka, layanan kita seharusnya sama dan seharusnya yang terbaik,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Program ‘Baling Bercahaya’ Peringkat Daerah Baling Tahun 2024, Kedah Darul Aman di Persisiran Sungai Ketil, Jln Sharif Pekan Baling di sini, semalam.

    Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; Pegawai Daerah Baling, Dato’ Abdul Gafar Yahya; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustafa; Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dan ADUN Kupang, Dato’ Najmi Ahmad.

    Dalam perkembangan sama, Salleh berkata daerah Baling kaya dengan produk dan aset pelancongan. la mewarisi keindahan alam semula jadi yang luar biasa, dan sedang melangkah ke hadapan bersama arus pembangunan yang pantas dan merangsangkan.

    “Tahniah saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Baling merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling atas penganjuran Program Baling Bercahaya 2024 ini yang dianggap satu program yang menarik dan dapat mempamerkan bakat, kreativiti dan aspirasi komuniti Baling iaitu bumi yang tersohor dengan sejarah, sumber bumi yang indah dengan kesuburan dan kehijauannya.

    “Saya yakin Program Baling Bercahaya 2024 ini akan dapat melonjakkan lagi nama daerah ini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung yang tentu sahaja akan merancakkan aktiviti sosio-ekonomi apatah lagi dengan adanya Takwim Pelancongan Baling yang akan turut dilancarkan malam ini.

    “Besarlah harapan agar pancaran cahaya malam ini kekal berseri dengan hasrat untuk melihat program ini berjalan lancar dan menjadi pemangkin kepada program-program lain yang akan menyinari sektor pelancongan negeri Kedah,” ujarnya.

    Sumber : Facebook – Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT