
5S melibatkan semua peringkat anggota organisasi dan ini sebenarnya lebih memberi manfaat kepada penambahbaikan menyeluruh organisasi di mana setiap orang dapat menyumbang dan ianya juga adalah satu proses yang dinamik. Ianya bukan sahaja mudah untuk dilaksanakan malah ianya juga menjadi pencetus serta penggalak kepada usaha kreatif dan inovasi di kalangan anggota organisasi
Amalan 5S secara langsung dan tidak langsung memupuk persaingan sihat di kalangan anggota organisasi. Melalui amalan 5S, ianya dapat membentuk nilai atau semangat pemilikan dan ini adalah suatu yang memberi kesan yang positif kepada organisasi iaitu melaluinya anggota organisasi akan berasa bertanggungjawab dan sayang ke atas kemudahan atau peralatan yang diamanahkan kepadanya.
Ini secara tidak langsung akan membudayakan nilai-nilai menghargai serta menjaga kepentingan bersama dan dapat mengelakkan berlakunya kerosakan yang kerap ke atas kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Ini dalam jangka panjang akan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Adalah tidak sukar dan mustahil untuk melaksanakan 5S kerana jika diperhatikan, amalan ini amat berjaya di kilang-kilang, sedangkan pekerja kilang kebanyakannya memiliki pendidikan yang minimum berbanding dengan kakitangan MMK yang memiliki tahap pendidikan yang lebih baik .Jadi MMK juga mengambil inisiatif tersebut untuk bersama-sama membudayakan 5s. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti 5s.
