90 PERATUS SEKTOR PELANCONGAN DI KEDAH KEMBALI BEROPERASI

Firdaus Ahmad

ALOR SETAR 18 JUN- 90 peratus sektor pelancongan di Kedah sudah boleh beroperasi berkuat kuasa hari ini selepas perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN).Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Firdaus Ahmad berkata, sektor pelancongan yang dibenarkan itu perlu mengikut norma baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Antara yang telah dibenarkan beroperasi pada fasiliti penuh ialah sektor perhotelan, resort, motel dan homestay."Semua pusat pelancongan di Langkawi yang merupakan ikon utama pelancongan negara juga turut dibuka dan kereta kabel di Gunung Machincang dibenarkan beroperasi dengan penuh," katanya pada sidang di Wisma Darul Aman di sini.Menurutnya, antara sektor pelancongan lain yang kembali beroperasi ialah taman hidupan liar seperti zoo, taman buaya dan 'underwater world'."Turut dibuka adalah eko-pelancongan dan riadah air seperti mandi pantai, watersport, taman rekreasi, telaga tujuh, island hoping, para sailing, skuba, snorkeling dan semua aktiviti air termasuk kayak, kenu dan perahu.

"Bagaimanapun bagi yang mahu bermain jet ski, hanya seorang dibenarkan manakala aktiviti banana bot (bot pisang) tidak dibenarkan," katanya.Firdaus berkata, pihaknya juga kini dalam perancangan merangka satu kursus membantu pemain industri untuk kembali bangkit menerusi kerjasama Kolej Komuniti."Pelancongan di Kedah kini sedang bergerak tapi agak perlahan. Kursus ini akan memberikan ilmu mengenai pengurusan pelancongan kepada pemain-pemain industri ini bagi meningkatkan pengetahuan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Kedah," katanya.

SUMBER : SINAR