pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    RM45.37 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PEMBANGUNAN KEDAH

    Siti Ashah (tengah) bersama sebahagian penerima Bantuan Persekolahan di SK Haji Hassan Itam,
    Simpang Empat Kangkung, di sini, hari ini.

    ALOR SETAR 21 JULAI - Sebanyak RM 45.37 juta diperuntukkan untuk pembangunan prasarana di Kedah tahun ini dalam usaha meningkatkan kemudahan dan membantu penduduk menjana ekonomi.Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, berdasarkan data Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kedah/Perlis/Pulau Pinang,peruntukan berkenaan melibatkan 13 projek pembangunan prasarana Kedah.

    Katanya, daripada 13 projek itu, tiga membabitkan projek baharu dan 10 projek sambungan melibatkan bekalan elektrik luar bandar (BELB), bekalan air luar bandar (BALB),lampu jalan kampung (LJK), jalan luar bandar (JALB),program ameniti sosial (PAMS) dan jalan perhubungan desa (JPD)."Untuk JALB, sebanyak RM19.83 juta diperuntukkan tahun ini termasuk tiga projek baharu di negeri ini.

    "Antara projek berkenaan ialah membina dan menyiapkan jalan Kampung Badlishah/Ayer Puteh Junjong Kulim, membina jalan baharu dari Jeneri ke Sik Dalam (Jalan Bukit Hangus) di Sik dan menggantikan sebuah jambatan konkrit sedia ada di perkampungan Taman Kota Nelayan berdekatan Pasar Nelayan Kuala Kedah di Kota Setar," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hassan Itam, Simpang Empat Kangkung, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Mara Kedah, Razak Aziz dan Guru Besar SK Haji Hassan Hitam, Syed Muhammad Hairizam Syed Sheikh Alhabshee.

    Katanya, kira-kira RM1.02 juta lagi diperuntukkan untuk projek sambungan BELB, PAMS (RM1.83 juta), JPD (RM5.21 juta) dan BALB (RM17.46).Siti Ashah juga memberitahu, sebanyak RM2.52 juta lagi dikhususkan untuk 3,000 unit lampu bagi projek LJK.Jelas Siti Ashah, peruntukan untuk pembangunan prasarana Kedah, sebagai contohnya jalan perhubungan desa dilihat dapat menyediakan laluan perhubungan kepada penduduk luar bandar, sekaligus membantu ekonomi mereka.Tambahnya, kawasan luar bandar juga memiliki produk menarik untuk diketengahkan dan mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk."Dalam lawatan saya ke tempat penternakan lobster Air Tawar dan Ladang Nira Nipah Napiah di Kampung Huma, Merbok, lokasi itu menjadi tarikan pengunjung namun dimaklumkan pembangunan prasarananya perlu ditingkatkan," katanya.

    Dalam perkembangan sama katanya, Yayasan Pelajaran Mara memberi sumbangan kepada 50 pelajar dari keluarga B40 terpilih dari sekolah berkenaan untuk menerima sumbangan RM50 one off setiap seorang.Siti Ashah berkata, sumbangan berkenaan diharap membantu meringankan beban dan menampung perbelanjaan pelajar."Pelajar SK Haji Hassan Hitam merupakan sekolah pertama menerima sumbangan Yayasan Pelajaran Mara dan kita sasarkan sumbangan kepada kira-kira 1,000 pelajar lagi berdasarkan permohonan," katanya.

    SUMBER : SINAR

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT