mszh-CNen

    SOLAT JUMAAT DI KEDAH DIBENARKAN TIDAK MELEBIHI 50 JEMAAH

    ALOR SETAR (21 JANUARI 2021)- Pelaksanaan solat Jumaat di negeri Kedah hanya dibenarkan dengan maksimum 50 jemaah tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa di negeri ini mulai Jumaat ini.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, bagi solat fardu secara berjemaah pula, hanya dibenarkan kepada lima pegawai atau ahli jawatankuasa masjid dan surau.Katanya, sekiranya mencapai bilangan maksimum jemaah yang ditentukan, pihak jawatankuasa hendaklah memastikan tiada lagi pergerakan keluar-masuk ke masjid atau surau.”Jawatankuasa masjid serta surau bertanggungjawab membuat ketetapan bersesuaian berkaitan pemilihan ahli kariah yang dibenarkan serta hal ehwal pengurusan jemaah dalam memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau,” katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Rabu.Menurutnya, individu berusia 12 tahun ke bawah serta mereka yang tidak memakai pelitup muka atau tidak membawa sejadah sendiri tidak boleh dibenarkan memasuki premis masjid atau surau.”Jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid dan surau dengan mematuhi penjarakkan fizikal.”Solat Jumaat juga tidak harus melebihi 45 minit bermula dari azan hingga selesai solat, sementara solat fardu pula diselesaikan dalam tempoh 20 minit,” katanya.Tambah Mohd Yusri, program keagamaan dan majlis ilmu serta aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti kenduri dan gotong-royong juga tidak dibenarkan.”Pengurusan jenazah (bukan Covid-19) dan solat jenazah di masjid adalah dibenarkan dan tidak melebihi 20 orang dengan penjarakkan fizikal, terdiri daripada pegawai atau jawatankuasa masjid dan ahli keluarga si mati sahaja,” katanya.Menurutnya, masjid atau surau yang melanggar atau tidak mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan, dan kebenaran melaksanakan aktiviti yang dinyatakan boleh ditarik balik serta-merta.

    © 2020 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |