pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    KEDAH GALAK LUASKAN PASARAN PRODUK HALAL KE PERINGKAT GLOBAL

     

     

     Mohd Firdaus (kanan) ketika melawat reruai usahawan yang mengambil bahagian dalam Kedah Halal Festival 2022 di Amanjaya Mall, Sungai Petani pada Khamis.

     

    SUNGAI PETANI (28 JULAI 2022) : Kerajaan Kedah menggalakkan syarikat yang menghasilkan produk dan perkhidmatan halal agar mengembangkan perniagaan ke luar negara sekali gus memenuhi pasaran global.

     

    Menteri Besar Kedah Datuk, Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemasaran produk halal tidak sepatutnya bergantung kepada pasaran di Kedah semata-mata sebaliknya perlu lebih meluas.

     

    Menurutnya, usahawan harus berani meneroka dan mengembangkan pasaran ke luar negara seterusnya ke peringkat global yang berupaya memberi lebih pulangan.

     

    “Menyedari hakikat ini kerajaan Kedah amat komited dalam usaha meningkatkan pembangunan usahawan di negeri ini sehingga mampu mencapai tahap global,” katanya ketika merasmikan Kedah Halal Festival 2022 di Amanjaya Mall di sini pada Khamis.

    Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Firdaus Ahmad.

    Menurut Muhammad Sanusi, persediaan memasarkan produk halal dengan lebih meluas harus sentiasa ada memandangkan industri halal sentiasa mendapat permintaan tinggi.

     

    “Sekurang-kurangnya kita dapat mengeksport produk ke negara ASEAN pun cukup memadai untuk masa kini,” katanya.

    Beliau menjelaskan, Malaysia terkenal di peringkat global dalam bidang industri halal termasuk kesedaran pengguna yang tinggi tentang persijilan halal.

    Dalam perkembangan berlainan, beliau bersyukur kerana Festival Halal Kedah 2022 yang dianjurkan kali keempat oleh kerajaan Kedah merupakan signature event dalam kalendar program tahunan.

     

    Festival yang bermula 28 hingga 31 Julai itu bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan Kedah yang terlibat dalam industri halal memperagakan dan memasarkan produk serta perkhidmatan mereka.

     

    Tahun ini, sebanyak 120 reruai mengambil bahagian merangkumi jualan produk makanan, kosmetik, produk halal, food truck dan penglibatan agensi kerajaan termasuk pemeriksaan kesihatan, derma darah dan perkhidmatan bas Ar-Rahnu Yapeim.

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT