PENYERAHAN WATIKAH PEMBUBARAN DUN KEDAH

ALOR SETAR - Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah, Mohamad Azlee Ahmad menyerahkan Watikah Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah, Aldrina @ Mimi O.P. Andu di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Pembubaran DUN Kedah yang ke-14 secara rasminya hari ini, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diumumkan oleh SPR tidak lama lagi.