English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • KedahApps.png
  • pelepasanAM2017.png
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg

BERSIHKAN RUMAH WARGA EMAS UZUR

Pelbagai pihak tampil melakukan gotong-royong membersihkan rumah seorang warga emas yang uzur, Saayah Musa, 71, di Kampung Permatang Gedung di sini hari ini.

Adik Saayah, Saelah Musa, 69, berkata, kakaknya itu hanya mampu terlantar di rumah dise­babkan keadaannya begitu uzur.

“Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah mengetahui masalahnya itu membuat kunjungan dan menye­rahkan kerusi roda serta menghulurkan bantuan bulanan RM300 berkuat kuasa serta-merta.

“Kakak tinggal bersama tiga anaknya. Dia mula menghadapi masalah apabila hilang ingatan sejak tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) Permatang Gedung, Idris Ayob amat berharap agar usaha yang dilakukan pelbagai pihak tersebut dapat meringankan beban ditanggung warga emas ter­babit.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk Persatuan Hati Emas Daerah Kuala Muda, Kelab Kebajikan dan Sukan SPAD Wilayah Utara, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Dua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan lain-lain.

“Semoga melalui kerja-kerja sukarela yang dilakukan ini, mereka sekeluarga dapat tinggal di rumah dalam keadaan yang lebih selesa. Usaha dilakukan termasuklah menggantikan tikar getah lama kepada yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Econsave Taman Petani Jaya di sini turut tampil menghulurkan bantuan melalui program Dana Pri­hatin Econsave 2017 berupa keperlu­an barangan makanan bernilai RM1,000.

Pengurus Econsave Wilayah Utara, Saparin Abu Seman memberitahu, pihaknya tidak mahu ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga susah, termasuk Saayah.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.