English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • pelepasanAM2017.png
  • KedahApps.png

PERTAHAN PULAU BEBAS CUKAI

Kerajaan Negeri Kedah akan terus mempertahankan Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia perlu diteruskan kerana banyak lagi perancangan termasuk pembangunan infrastruktur yang ingin diwujudkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Banyak lagi pembangunan yang ingin dilaksanakan di Langkawi seperti membina hotel lima bintang bagi tujuan pembangunan ekonomi dan pelancongan negeri, jadi kita akan pertahankan status pulau bebas cukai ini.

"Saya yakin (status) pulau bebas cukai ini akan diteruskan. Tambahan, bukan

mudah untuk kerajaan persekutuan menarik balik status itu kerana Langkawi sudah dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah pulau bebas cukai," katanya semasa menjawab soalan tambahan Nor Saidin Nanyan (BN-Kuah) tentang jaminan kerajaan negeri dalam memastikan Langkawi terus diberi status itu.

Menjawab soalan Tan Kok Yew (DAP-Derga), Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail berkata taraf zon bebas cukai Pulau Langkawi tidak akan luput tempohnya.

"Kita sedar sebelum ini ada negeri seperti Pulau Pinang yang telah ditarik balik taraf pulau bebas cukai namun ingin saya maklumkan bahawa Langkawi akan kekal sebagai pulau bebas cukai dan taraf zon tersebut tidak akan luput," katanya.

Sementara itu, Ku Rahman berkata kerajaan akan mengawal operasi premis yang menjalankan perniagaan minuman keras dan rokok di Langkawi dalam usaha membendung ketirisan pendapatan cukai.

"Saya telah berbincang dengan pihak Kastam dan dimaklumkan banyak ketirisan berlaku hasil jualan rokok dan minuman keras ini.

"Pembelian rokok dan minuman keras di Kedai Bebas Cukai I mesti mengikut had pembelian yang ditetapkan dengan mengemukakan kad pengenalan atau pasport bagi merekodkan butir-butir pembeli serta kuantiti belian ke dalam Sistem Semakan Kuota (SSK)," katanya.

Beliau berkata, melalui sistem ini, semua pembelian akan dapat direkodkan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.