English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg
  • KedahApps.png
  • pelepasanAM2017.png

KUTIP RM319 DALAM MASA TIGA JAM

Seorang wanita sarat mengandung aktif melakukan kegiatan mengutip derma di beberapa bank sekitar bandar ini diselamatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Muda dalam satu operasi semalam.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda (Ketua Unit Penguatkuasaan dan Perundangan), Azirawati Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, apabila pihaknya ke lokasi kejadian setelah menerima aduan orang ramai.

Menurutnya, ketika sampai ke lokasi terbabit, pihaknya mendapati seorang wanita sarat mengandung sedang duduk di kerusi yang diletakkan di hadapan pintu bank bertujuan meraih simpati orang ramai yang keluar dan masuk melalui pintu berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, wanita warga tempatan berusia 24 tahun itu sedang hamil lapan bulan dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun yang tinggal menyewa di kawasan perumahan berdekatan.

“Dia mengaku tidak bekerja namun hanya bertugas sebagai sukarelawan dengan tugasan mengutip derma bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejak Januari lalu.

“Dalam masa sama, dia didapati menjual sejenis produk gel herba beharga RM20 setiap satu dan pada hari ini berjaya menjual tiga botol gel dalam tempoh tiga jam bermula sembilan pagi.

“Hasil pemeriksaan seterusnya juga mendapati wanita ini menjalankan kutipan derma tanpa kebenaran atau permit daripada pihak berkaitan serta tanpa resit,” katanya.

Kes dibawa ke PKMD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Turut ditemui wang berjumlah RM319 dalam beg miliknya dipercayai hasil aktiviti kutip derma terbabit sepanjang tiga jam berada di situ.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.