English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • KedahApps.png
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg
  • pelepasanAM2017.png
  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg

IPDM, RAPAT BANTU KELUARGA MISKIN

Sebanyak 40 keluarga miskin dan kurang bernasib baik dari 10 buah kampung di daerah Padang Terap te­lah menerima sumbangan Ra­madan bagi meringankan beban mereka dalam menjalani ibadat puasa.

Sumbangan melalui Program Bakul Ramadan Semarak Se­de­kah Mengimpi Barakah itu merupakan inisiatif Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama pertubuhan bukan ke­rajaan (NGO), Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (RAPAT) dan Unit Media Baharu, Utusan Me­layu (M) Berhad.

Pengarah IPDM, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, program itu merupakan acara tahunan institut berke­na­an dengan sasaran penerima ia­lah ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).

“Barangan yang kita berikan adalah keperluana harian seper­ti beras, gula, tepung, minyak masak dan beberapa barangan keperluan harian lain untuk ke­gunaan mereka,” katanya ketika ditemui pada program itu baru-baru ini.

Katanya, uniknya sumbangan itu pula disampaikan terus ke­pada penerima dari rumah ke rumah yang mana secara tidak langsung dapat melihat sendiri kehidupan dan penderitaan yang dialami merekaa.

“Amalan ini telah dilakukan setiap tahun oleh IPDM bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.

“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan diharapkan agar masyarakat dan agensi-agensi di luar sana dapat bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pe­ngurusi RAPAT, Che Sakeri Ibrahim berkata, agihan bantuan itu membabitkan penduduk di 10 buah kampung di daerah Padang Terap.

Antara kampung terbabit katanya, ialah Kampung Kubang Palas, Kampung Baru Padang Sanai, Kampung Tolak, Kampung Lebai Saman, Kampung Keda Kura, Kampung Sena, Kampung Bukit Buloh dan Kampung Baru Padang Lalang.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban para penerima terutama dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini dan menyambut ketibaan Aidilfitri nanti,” katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.