English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • KedahApps.png
  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • pelepasanAM2017.png
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg

80 ASNAF TERIMA BANTUAN

Seramai 80 individu terdiri daripada golongan asnaf dipilih menerima barang makanan dan wang tunai sumbangan Akademi Pengajian Bahasa (apb) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah sempena Program APB Prihatin 3.0 Sinar Ramadan 1438 di Kampung Bujang, Merbok di sini, semalam.

Ketua Pusat Pengajian Bahasa UiTM Kedah, Syazliyati Ibrahim berkata, 20 daripada mereka tinggal di Kampung Bujang dan selebihnya berhampiran Sekolah Menengah Agama (SMK) Irsyadiah. Jeniang dekat sini.

“Kami harap sumbagan pelbagai barangan makanan bernilai RM200 serta wang tunai RM100 dapat menceriakan mereka menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sumbangan yang kesemua­nya berjumlah RM9,000 itu ha­sil sumbangan kakitangan dan pelajar bermula 20 April hingga 14 Jun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, ini kali ketiga sumbangan seumpama itu dilakukan setelah mereka menyam­paikan sumbangan di Kuala Ketil, Kupang dan Baling pada 2015 dan 2016.

Sementara itu, Rektor UiTM Kedah, Dr. Asmadi Ghazali ketika berucap di majlis itu berkata, sumbangan itu diharap mampu meringankan beban golongan terlibat dalam membuat persiapan Syawal.

Menurutnya, usaha dilakukan itu diharap dapa mengeratkan lagi hubungan baik antara kakitangan UiTM Kedah dengan penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Bujang, Zikri Osman pula berkata, pihaknya memilih penduduk yang benar-benar susah, termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan bagi menerima bantuan tersebut.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.