English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • KedahApps.png
  • pelepasanAM2017.png
  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg

NAJIB LANCAR PROJEK LJK8 KEDAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) peringkat negeri di Masjid Pering, Kodiang di sini hari ini.

Pelancaran projek itu kini menjadikan sejumlah RM250 juta diperuntukkan kerajaan bagi penyediaan kemudahan berkenaan di luar bandar sejak 2003.

Peruntukan itu membolehkan sebanyak 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh negara termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang menelan kos RM100 juta.

Daripada keseluruhan 122,133 unit lampu jalan projek LJK8, sejumlah 6,333 unit adalah lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) sementara 115,800 unit merupakan jenis high pressure sodium vapor (HPSV).

Bagi projek LJK8 di Kedah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta untuk pemasangan 8,093 unit lampu jalan kampung di seluruh 15 kawasan Parlimen negeri ini termasuk 96 kampung di Jerlun.

Projek berkenaan adalah usaha berterusan kerajaan untuk memberi keselesaan kepada penduduk di luar bandar sejak 2003 menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula adalah agensi pelaksana projek berkenaan.

Pelancaran LJK8 di sini itu berlangsung sempena Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.