English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • Daerah_Tanah_1.png

SULTAN KEDAH SARAN LAKSANA POTONGAN GAJI BAYAR ZAKAT

 

ALOR SETAR 5 FEB - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyarankan kakitangan di setiap jabatan kerajaan dan swasta negeri ini melaksanakan potongan gaji untuk zakat pendapatan bagi meningkatkan kutipan zakat.Baginda turut bertitah supaya individu, agensi dan syarikat korporat yang beroperasi di Kedah membayar zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta tidak memindahkannya ke negeri lain agar asnaf yang layak menerima hak mereka sewajarnya.

"Potongan gaji itu adalah untuk zakat pendapatan mengikut taksiran yang betul bagi kakitangan awam dan swasta, yang mempunyai pendapatan melebihi nisab ditetapkan. Beta ingin memastikan semua asnaf di Kedah yang layak menerima zakat mendapat hak mereka," titah Sultan Sallehuddin ketika mencemar duli merasmikan Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin (Foodbank) LZNK dan Pelancaran Sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat hari ini.Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim.

Sultan Sallehuddin turut menzahirkan kebanggaan baginda di atas kejayaan LZNK mencatatkan pengagihan zakat berjumlah RM194.9 juta pada tahun lalu."LZNK melaksanakan sistem Zakat on Touch dan masyarakat boleh mengetahui jumlah kutipan serta agihan terkini dan kepada siapa wang zakat diagihkan," titah baginda. Baginda bertitah, bagi mengangkat martabat institusi masjid, zakat diagihkan melalui penolong amil dilantik dengan melaksanakan program Foodbank di semua masjid seluruh negeri ini yang memberi manfaat kepada 17,280 keluarga setiap bulan.

"Diharap projek itu dapat mengatasi masalah rakyat kelaparan dan terputus bekalan makanan selain memberi peluang kepada syarikat korporat, agensi dan individu untuk turut bersedekah," titah baginda.Sultan Sallehuddin juga berbangga dengan pencapaian LZNK di peringkat antarabangsa.

"Melalui platform 'Kedah International Zakat Academy', LZNK berkongsi ilmu dan pengalaman pengurusan zakat kepada seluruh agensi dan institusi zakat."Disember lalu, LZNK menerima kunjungan Sokoto State Zakat and Endowment Commission, Nigeria dan delegasi House of Zakat and Waqf Uganda untuk mempelajari pengurusan zakat di negeri ini," titah baginda.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.