English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

faq hubungi maklumbalas peta
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png

PENERBANGAN PERTAMA KXP JANUARI 2024

 

ALOR SETAR 11 FEB - Kerajaan Kedah menyasarkan penerbangan pertama Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka dapat dilakukan pada Januari 2024.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pengambilan tanah bagi pembangunan tersebut yang berkeluasan 3,982 hektar (9,841 ekar) berjaya dimuktamadkan malah pemilik tanah terbabit juga sudah dikenal pasti.

Menurutnya, proses bagi kerja pecah tanah pula dijangka akan bermula pada November depan."Kita dah masukkan (tanah) bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960, yang mana kita sudah sekat sebarang bentuk transaksi dalam kawasan terbabit."Sempadannya juga sudah dikenal pasti dan kita juga sudah mengenal pasti siapa tuan punya bidang tanah."Pada tarikh tertentu, kita akan mula rundingan dengan pemilik tanah berkenaan, biasanya akan dimulakan menerusi penilaian yang sudah dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)," katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara KXP Holdings dan Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mukhriz berkata, ADPI dipilih oleh pihaknya sebagai konsultan pelan induk Kedah Aerotropolis selepas syarikat itu berjaya melepasi saringan yang dibuat terhadap 28 syarikat sejak empat bulan lalu.Dalam pada itu, menurutnya, bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang, kerajaan negeri akan menguruskan hal membabitkan pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan KXP."Jadi, biarlah kerajaan negeri yang buat (pengambilan tanah) menerusi KXP AirportCity.

Kita juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan yang menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk tujuan pengambilan tanah."Perkara ini sangat meringankan beban kita dan apabila (pelaburan) pihak swasta masuk, barulah bayaran balik akan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atas pendahuluan tanah terbabit," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.