PERUTUSAN SETIAUSAHA

 

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya jua, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.  

Seiring dengan kemajuan teknologi, pihak Pejabat DUN & MMK Negeri Kedah Darul mengambil inisiatif untuk membangunkan Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha menyalurkan maklumat terkini secara lebih pantas, tepat dan berkesan kepada pengguna.

Melalui portal ini juga, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan [EXCO], Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah [ADUN], perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan semua aktiviti yang berkaitan. Sesungguhnya, teknologi maklumat telah menyebabkan dunia berubah dengan amat pantas dan drastik. Sehubungan itu, kita juga perlu bergerak dan berubah seiring dengan perubahan dan keperluan semasa.

Pada era ini, semua maklumat berada di hujung jari dan internet merupakan medium paling pantas bagi generasi abad ini untuk mendapatkan maklumat. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan yang sedia ada, perhatian dan pandangan daripada pengunjung sekalian amatlah dialukan bagi memantapkan lagi kandungan portal ini.

Sesungguhnya, menjadi harapan saya dan warga DUN &  MMK Kedah agar Portal ini menjadi wadah yang bermanfaat kepada semua pihak yang melayarinya.

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sekian, terima kasih                                                      

وابيلحي توفيق والهداية

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohamad Azlee Bin Ahmad, BCK.
Setiausaha
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman.