English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • KedahApps.png
  • pelepasanAM2017.png

Perutusan Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung Portal ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah juga Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai laman webnya yang tersendiri. Portal Rasmi Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah adalah kesinambungan daripada usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat dan orang awamamnya. Dengan adanya laman web ini, maka dapatlah pihak Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat yang terkini dan mutakhir berkenaan Kerajaan Negeri kepada para pengunjung.

Bahagian ini sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan pengubalan undang-undang negeri. Jesteru itu, adalah menjadi harapan saya agar portal ini dapat membantu anda memahami dengan lebih jelas berkaitan tugas, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga amatlah berbesar hati sekiranya portal ini dapat memberi maklumat terkini yang diperlukan khususnya bagi kemudahan anda untuk berurusan dengan Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Semoga para pengunjung laman web ini akan mendapat manfaat darinya, Insya Allah.

Sekian, Terima Kasih.

 

Haji Iqbal Bin Ahmad, AMK., BCK.
Setiausaha,
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman
UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.