English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • KedahApps.png
  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • pelepasanAM2017.png
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg

Menteri Besar

 

YAB. DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH. SHMS., SSDK., DHMS., DSDK., KMN., AMK., PPN., BKM., PJK., JP.

MENTERI BESAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN.


Dilahirkan di Langgar, Alor Setar pada 10 Oktober 1950. YAB. Dato' Seri Ahmad Bashah mendirikan rumah tangga dengan Y.Bhg. Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dianugerahkan tujuh orang cahaya mata. Sebelum melibatkan diri dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sejak 1991 hingga 1995. Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar (1988–1994) dan Pegawai Penyelaras Sukan Negeri Kedah Darul Aman (1989–1991). Di masa lapang beliau gemar bersukan selain daripada membaca.


YAB. Dato' Seri Ahmad Bashah merupakan ADUN Bakar Bata N12. Beliau menang pilihan raya pada tahun 1999, 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU ke-13 beliau memenangi DUN Bakar Bata dengan menewaskan Mohd Eekmal Ahmad dari PKR dan calon bebas dengan majoriti 895 undi.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, YAB. Dato' Seri Ahmad Bashah merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan serta Ahli Dewan Negara.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.