English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Salam-Aidilfitri_2017.jpg
  • Nuzul-AlQuran_2017.jpg
  • KedahApps.png
  • pelepasanAM2017.png

Penasihat Undang-Undang Negeri

PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN
YANG BERHORMAT DATO' NOR 'AZURA BINTI HAJI MOHAMED ZOHDI
 

Dilahirkan pada 1 Januari 1970 di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) Kelas Kedua Atas dan pernah memperoleh Sijil Dekan (Dean’s List) sebanyak 2 kali. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Terjemahan Undang-Undang daripada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pada tahun 2006.

Pengalaman Kerja:

  • 2 April 1995 sehingga 14 April 2004- Peguam Persekutuan di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (9 tahun)
  • 15 April 2004 sehingga 9 Disember 2013 - Ibu pejabat Jabatan Peguam Negara
  • Unit Unit Teknologi dan Maklumat, Bahagian Penasihat (2 tahun);

  • Unit Penswastaan dan Pengurusan Kontrak, Bahagian Penasihhat (4 tahun); dan

  • Ketua Unit Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Khas Negara (4 tahun)

  • 10 Disember 2013 – 20 Julai 2014 - Ketua Bahagian Perundangan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • 21 Julai 2014 - Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah

Berpengalaman dalam bidang teknologi maklumat, undang-undang siber, pembangunan tanah, pentafsiran undang-undang tanah, isu berhubung pihak berkuasa tempatan termasuk aspek perancangan, penggubalan pelbagai garis panduan, mengendalikan pelbagai projek penswastaan dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau pernah mengendalikan projek penswastaan yang melibatkan perkhidmatan Kerajaan, pelabuhan, pengkorporatan jabatan bekalan air, pengurusan sisa pepejal, lapangan terbang, pembetungan, pengurusan bangunan Kerajaan, rangkaian sistem Kerajaan dan sebagainya.

 

Terlibat dengan penstrukturan semula industri bekalan air seluruh negara sejak tahun 2007 di samping menggubal perjanjian utama, perjanjian kemudahan dan perjanjian pajakan untuk dijadikan model untuk diterima pakai oleh negeri-negeri. Beliau turut sama mengendalikan isu undang-undang dalam projek mega Kerajaan iaitu Mass Rapid Transit (MRT) termasuk penyediaan dokumen pelbagai dokumen seperti perjanjian pengurusan projek, mutual agreements, nasihat perundangan berhubung isu pengambilan tanah, isu underground land dan rundingan penyelesaian.

 

Daripada aspek penggubalan undang-undang, beliau terlibat dengan penggubalan Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pelindungan Data Peribadi 2010, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 serta pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Perkhidmatan Pos 1991, Akta Lembaga Letrik Sabah 1983 dan perundangan subsidiari di bawah Akta-Akta berkenaan termasuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

 

Pernah mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan dan mesyuarat antaranya Commonwealth Telecommunications Organisation Council Meeting, Limassol, Cyprus pada tahun 2002, Asia Pacific Meeting on Personal Data Protection, Auckland, New Zealand pada tahun 2002, International Data Privacy Commissioners Conference, Sydney dan Melbourne, Australia pada tahun 2003 dan ASEAN-Australia Development Cooperation Project on Harmonisation of Legal Infrastructure, Siem Reap, Cambodia pada tahun 2004 dan Kuala Lumpur pada 2005. Beliau turut terlibat dengan lawatan/kajian ke Denmark, Jerman, Sweden dan United Kingdom pada tahun 2006 bagi tujuan penggubalan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali dan Surat Penghargaan Cemerlang sebanyak 2 kali.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.